Want your
own Fotopage?
























 
D'Photo's - Art of Lighting , Classic and Artistic

By: dphoto studio

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Mar-2008 10:57 Email | Share | Bookmark
Dynas & Fizi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 





Copyright © 2008 D'Photo. All Rights Reserved.

Wedding Pernikahan Dynas & Fizi
Venue Seksyen 9 Shah Alam
Date 15 Mac 2007
Makeup Artist Suriya (0192452773)

Alhamdulilah akhirnya gadis tinggi lampai, berkulit cerah dan bermata galak yang namanya mula di kenali melalui watak Cinda dalam Susuk ini telah selamat di ijabkabulkan dengan jejaka pilihan nya Hafizy Hafiz(seorang pelumba kereta dan ahli perniagaan) di kediaman Dynas seksyen 9.Mungkin tidak salah rasanya kalau dia dikatakan lebih dikenali sebagai Cinda berbanding namanya sendiri!
Apa yang paling menarik sekitar majlis ini adalah kelihatan raut wajah Dynas begitu berdebar sekali menunggu saat dirinya akan menjadi seorang isteri.Dengan sekali lafaz,mereka selamat di ijabkabulkan oleh ayah Dynas sendiri Datuk Wan Mokhtar Wan Mohamad.Yang pastinya memang seronok melihat kerenah kedua mempelai ini hingga buat saya tidak kering gusi..Dynas & Fizi..you roocckkk couple's...

Pada majlis pernikahan itu, pihak lelaki menyerahkan sembilan dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalas dengan 11 dulang hantaran.Menariknya, antara barang hantaran yang diberi Dynas kepada Fizi ialah topi keledar muka penuh jenama Arai. Ia bersesuaian dengan minat Fizi yang aktif dalam sukan lumba kereta.

Dynas menerima wang hantaran RM15,000, manakala mas kahwin pula RM1001.

Untuk majlis berkenaan, pasangan itu tampil sedondon dengan busana putih ciptaan Calvin Thoo.

BIODATA

Nama penuh: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar

Nama panggilan: Dynas

Tarikh lahir: 8 Mac 1983

Umur: 25 tahun

Tempat lahir: Petaling Jaya

Tinggi: 170 sentimeter

Berat: 53 kilogram

Pendidikan: Diploma Komunikasi Massa - UiTM Shah Alam (2005)

Kerjaya: Model iklan, Pengacara televisyen dan Pelakon

Drama: 'Janji Diana', 'Gerak Khas', 'Gerimis Salju', 'Kaizar', 'Siti Aishah', 'Susuk' dan 'Ei' D Beijing','Ezora'.

Filem: 'Cinta Kolesterol', 'Cinta Fotokopi', I Know What You Did Last Raya', 'Haru Biru, 'Impak Maksima' dan 'Main Main Cinta'.


Terima Kasih tak terhingga kepada Dynas kerana memberi kepercayaan kepada saya merakamkan detik-detik hari bersejarah beliau.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat bersama Fizi tersayang.


WEDDING,EVENT,COMMERCIAL & PORTRAITURE PHOTOGRAPHY

CALL me for quotation enquiry / appointment:

Napie (Profesional Photographer) - 017-320.20.44

(My Flickr)
(My Fotopages)
(My Photography Blog)

Email dphotos.studio@gmail.com

Malas nk cari parking @ terjebak dalam kesesakkan lalulintas?Ingin berjimat di masa gawat?
Marilah membeli-belah di butik on-line kami....murah2 jer. Jemput datang
Fri 25-Jul-2008 17:08
Posted by:Razila boutiquerazila@gmail.com  - [Link]
takde nk kt apa.. just.. Wowwwww...woww.. & woww..

Thu 31-Jul-2008 18:58
Posted by:Zaidah  - [Link]
JOM TENGOK DYNAS BERINAI BERSAMA SAYA DI http://sridahlia.blogspot.com Fri 21-Nov-2008 17:49
Posted by:norlisa norlisa99@yahoo.com


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.