Ceremony Pernikahan Hazliza Dato Hamidi & Mohd Izham
Venue Taman Dato Ahmad Razali, Ampang
Date 23 May 2008
Make-up Artist Nurul Shukor 03-4270 3454
Wedding Planner Hana 012-3450256
Kali ini saya di beri kepercayaan sepenuhnya oleh Liza merakamkan saat-saat indah hari bahagia beliau. Seawal jam 10 pagi saya telah berada di hotel Putra bagi merakam persiapan dan make-up. Mendapat sentuhan dari Nurul Shukor, Liza tampak lebih anggun mempesona apalagi dengan bertemakan 'tradisional' kelihatan nya beliau seperti sang puteri dari kayangan. Majlis gilang gemilang yang berlangsung di restoran nelayan ini telah di raikan dengan meriah sekali oleh sanak saudara dan rakan taulan. Kelihatan Liza bersama jejaka pilihan hatinya Izham yang juga anak saudara kepada pengacara TV3 Azizah Ariffin tampak berseri apalagi ketika keduanya bersanding di singgahsana yang serba indah. Kepada Liza terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya dan semoga perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.