Ceremony Pernikahan Fadhilah & Ramdan
Venue Kg Chengal Ketereh Kelantan
Date 30 May 2008
Empat hari selepas merakam detik-detik indah pasangan Hazliza dan Izham, pada malam khamis saya terbang pula ke Pantai Timur dengan menaiki pesawat AK6328 milik Air Asia. Kali ini saya di beri kepercayaan oleh Fadhilah (dikenali dengan Mek Lah), seorang pensyarah di UITM Machang untuk merakamkan detik hari bahagia beliau bersama jejaka pilihan hatinya Ramdan. Mereka telah selamat di ijabkabul dengan sekali lafaz oleh bapa Fadhilah.