Outdoor Posh Wedding Hadijah dan Zulfadli
Venue Tanjung Sepat
Date 17 Nov 2008
Tiga hari berturut-turut saya di beri kepercayaan merakamkan detik indah hari bahagia pasangan yg telah membuat temujanji dgn saya di Taman Botani Putrajaya,sehari selepas saya merakamkan majlis perkahwinan celebriti terkenal tanahair iaitu Dynas Mohktar di PICC Putrajaya. Bermula dgn rakaman majlis pernikahan di masjid Jalan Kebun dan persandingan di kediaman keluarga Dijah. Merakamkan hari bahagia mereka begitu seronok kerana kedua-dua mempelai sangat sporting. Beri apa saja arahan pasti akan mereka lakukan. Hari ketiga photoshot di sebuah lokasi menarik yang di pilih oleh saya dan tempat ini sememangnya cantik jika cuaca baik kerana ia mempunyai 'scenery' yg indah tetapi malangnya ketika sesi photoshot cuaca kelihatan mendung. Apapun photoshot tetap di teruskan dan ketika mereka tiba saja di lokasi, kelihatan keduanya begitu teruja terutamanya Dijah. Honestly saya cukup senang berkerja dgn mereka kerana tidak ada satu keluhan atau bantahan. Mereka sanggup mengotorkan dan membasahkan baju pengantin mereka yg mahal. Pendek kata mereka sememangnya lasak masakan tidak kain Dijah tersangkut pada akar kayu hingga menyebabkan terkoyak... ...apapun sy ucapkan terima kasih kpd Dijah dan Zul krn memberi kerjasama yg baik juga terima kasih kpd dua orang protege Helmi dan Razlan yg juga menjadi lighting assistant saya. Sekali lagi sy ucapkan terima kasih kpd Dijah dan Zul kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada D'Photo. Semoga mahligai yang di bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan maaf jika terdapat kekurangan sepanjang bekerja bersama saya.
Nantikan rakaman sekitar majlis mereka di sebelah lelaki pula yang berlangsung di Felda Gedangsa,Selangor...tungguuuuu!!!!!!
CALL me for quotation enquiry / appointment:
Napie
Director of D'Photo/Profesional Photographer 017-320.20.44
Hehehe..sadis giler kes baju terkoyak tuh. Tapi memang puas ati ngan gambar2 ni bang. Macam selebriti plak. Hahaha Kalau nak komen pasal abang memang besok pun tak abis. Time buat keje, memang serius giler. Dalam kata yang lain, buat muka kereks Trademarks yang disukai:- Hold...hold... N syok giler bila ade 2-3 orang amik gambar kitaorang. Hahaha...tu la...rase cam selebriti...eceh BTW, rase2 cam nak amik gambar dalam gua yang abang cakap tuh. Hahaha... tengok la nanti, time 1st anniversary ker Kekeke
waaahhhh..... cantik nya gambar. boleh la rekemen kat org... anyway nk tumpang iklan jap ehh tuan rumah. Sesapa yang berminat nak tempah hantaran boleh la singgah di page saya. http://mummyz.fotopages.com. Macam2 design ada. Price still can nego... TQ
En Jusoh,
Yang koyak tuh lining dalam nyer. Kat tang kain tuh...Tak jadi masalahnyer. Saya jumpa ngan mak andam/pak andam saya, dia tak kesah pun. Siap saya citer kes kena rendam dalam air nih. Dia kata tak kesahla asalkan saya puas ati ngan shoot2 tuh. Memang puas ati pun... tabik spring kat Abg Napie...Yeah