Want your
own Fotopage?
























 
D'Photo's - Art of Lighting , Classic and Artistic

By: dphoto studio

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-Dec-2008 16:05 Email | Share | Bookmark
Hadijah & Zulfadli (Bertandang)








Copyright © 2008 D'Photo. All Rights Reserved.

Event Bertandang & Posh Wedding Hadijah dan Zulfadli
Venue Felda Gedangsa & Embayu Lake, Proton City
Date 06 Dec 2008

Seperti yang di janjikan entry kali ini adalah rakaman bagi pasangan Dijah dan Zul di kediaman keluarga Zul di Felda Gedangsa kira-kira satu jam lebih perjalanan dari Kuala Lumpur. Seawal jam 9.00 pagi saya bersama rakan yang juga pembantu saya Zayd bertolak dari Bangi terus menuju ke Hentian R&R Rawang kerana kedua mempelai telah menunggu di sana. Setelah menunggu beberapa orang sanak saudara dari belah Dijah kami pun meneruskan perjalanan ke tempat yang di tuju. Kira-kira jam 12 tgh hari kami tiba di lokasi. Rakaman kali ini begitu mencabar minda saya untuk berkarya mencari sudut-sudut terbaik dan bermain dengan elemen cahaya kerana suasana majlis di sini di buat secara sederhana. Kira-kira jam 2.30 ptg kami pun meninggalkan majlis untuk sesi outdoor pertama yang di jalankan di dalam ladang kelapa sawit. Dengan cuaca yang mendung dari awal pagi, sedikit sebanyak akan memberi kesan impak pada kualiti gambar rakaman lebih-lebih lagi ianya di lakukan dalam kawasan pokok yang menutup sumber cahaya masuk ke lokasi rakaman. Tetapi bagi saya ketiadaan sumber cahaya dari matahari bukanlah satu penghalang dan masalah besar kerana kepakaran saya adalah pada 'lighting'. Saya adalah seorang yang suka bermain dengan cahaya dan saya juga adalah seorang yang sangat peka pada cahaya. Bak kata pepatah 'Dimana sahaja bumi di pijak, di situ langit di junjung'..begitulah perumpamaan untuk diri saya yang kemana sahaja menjejakkan kaki, saya sangat peka melihat cahaya tidak kira sumber cahaya itu datang dari matahari/bulan atau lampu buatan manusia di restoran-restoran, shopping complex atau di dimana sahaja. Dengan kata lain mata saya sangat tajam memerhati cahaya.Sebab itu lah ramai yang kata saya serius membuat kerja termasuk lah Dijah sendiri.. ..Abg melihat kondisi cahaya dengan tajam setiap kali shot la Dijah..hehe...
Berbalik kepada photoshot tadi, seperti biasa kedua mempelai ni tidak ada 'law' maksudnya apa yang di suruh buat tidak ada sedikit pun bantahan..kotor-kotor pun belasah saja..janji rockkkk!!!!! Actually couple-couple yang takde 'law' (sporting gila) ni lah 'key' bagi mendapatkan gambar yang cantik dan perfect. Kalau couple malu-malu, takut-takut atau risau kotor, ni lah yang akan menyukarkan bagi setiap photographer bekerja. Sebab apa? sebab setiap photographer yang baik dari awal-awal lagi mempunyai gambar dalam kepala dan dah tahu gambar macam mana yang dia nak buat atau masa tiba di lokasi je dah dapat dalam kepala apa yang dia nak. So bila couple tak sporting maka tak dapat dan tak jadilah sesuatu gambar tu dan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi mood photographer kerana dia tak dapat rakam apa yang sedia ada dalam kepalanya. Ishhh apa aku merepek ni..
So dah habis session di kelapa sawit kami menuju pula ke Embayu Lake di Bandar Proton...wah cantik tempat ni. Banyak juga shot di sini kerana banyak lokasi. Sebab banyak shot lah buat otak saya blur..banyak sangat nak pikir..hehehe..sampaikan bunga di taman tu habis kami gugurkan untuk buat props..syhhhh!!!! Last scene, scene yg menggunakan bunga dan kain transparent as props..setup lighting siap...hujan pun turun daaaa..tp renyai-renyai...apa lagi kelam kabut la shot..part yg best hujan-hujan tu saya arahkan diaorang baring atas rumput tu..memang dera pengantin..wakakaka..huh sekali lagi tabik spring kat diaorang...takde bantahan langsung..saya rasa macam dah program diaorang untuk menurut kata-kata saya ...photo session pun habis kami ke restoran untuk review gambar dan alas perut.
So sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Dijah dan Zul kerana memberi sokongan dan memberi kepercayaan kepada D'Photo. Kesempatan ini juga saya doakan agar mahligai anda berdua akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Mohon sejuta kemaafan jika ada yang terkurang, penyeksaan untuk you all semasa photoshot jika di panjangkan umur semoga kita akan bersua lagi..insyallah.
Terima kasih juga kepada sahabat saya Zayd yang juga menjadi pembantu saya.

CALL me for quotation enquiry / appointment:

Napie
Director of D'Photo/Profesional Photographer

017-320.20.44

Email dphotos.studio@gmail.com

(My Flickr)
(My Photography Blog)


The only Official Photographer
Dynas & Fizi Big Day


PERNIKAHAN WAN INTAN EDRINAS & HAFIZY HAFIZ (Shah Alam)
PERSANDINGAN WAN INTAN EDRINAS & HAFIZY HAFIZ (Shah Alam)



PERSANDINGAN WAN INTAN EDRINAS & HAFIZY HAFIZ (PICC)

cantik bro............ Mon 29-Dec-2008 15:00
Posted by:azizancm azizancm@gmail.com  - [Link]
penuh dengan art yang terbaik... tak sanggup tengok... Tue 30-Dec-2008 00:40
Posted by:peveyhack pevey_hack@yahoo.com  - [Link]
Waaaaaaa.....kalau nak tau sebenarnya kitaorang "gerun" ngan muka serius abang tuh....kekeke...risau abang yang tak selesa buat keje abang. Tapi alhamdulillah, memang cun lah memang shoot last sekali tuh memeritkan...hehehe....tak tau ujan da jatuh atas muka tapi tak kesah la didera asalkan gambar tuh cantik...wakaka

Thanks utk doa tuh...harap abang pun sukses dalam kerjaya nih Tabik spring lah!
Tue 30-Dec-2008 01:32
Posted by:DeJa deja.ku1@gmail.com
great series.....tabikk.... Tue 30-Dec-2008 06:10
Posted by:deen emydeen@gmail.com  - [Link]
Baju Kurung Pesak
New Arrivals......
Cotton Saree
Penghantaran Percuma...
http://fixulist.fotopages.com
Wed 31-Dec-2008 03:29
Posted by:Looks fixulist@yahoo.com  - [Link]
rashdi thanks...

dijah..x serius x jd keje..hehe..anyway thanks fr ur prayer..

din thanks..lama x jumpa ko
Wed 31-Dec-2008 12:06
Posted by:napie
Inginkan banyak informasi wedding anda sila lawat www.weddingzone.asia ....kami ada segalanya.
Sekiranya anda adalah pengusaha wedding,iklan percuma di portal kami....Portal terlengkap dan terbaik di Malaysia.
Sun 4-Jan-2009 01:14
Posted by:weddingzone admin@weddingzone.asia  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.