Event Resepsi Adilah & Farizwan
Venue Cattleya Grand Ballroom,Wisma PKPS, Shah Alam
Date 27 Dec 2008
Assistant Zayd Photography & Kerul Photography
Salam...entry kali ini adalah pasangan Adilah dan Farizwan yang mana assignment penutup dalam tahun 2008. Dalam banyak2 assignment yang saya buat, kali ini agak berlainan sedikit kerana Adilah adalah seorang yang kurang suka bergambar(pemalu sikit orangnya) manakala Farizwan pula sebaliknya...hehe..perkara ini telah di maklumkan pada saya oleh Adilah sendiri ketika membuat temujanji dulu. Tapi saya berjaya juga memujuk Adilah untuk bergambar posing itupun hanya untuk satu pose.. . Seperkara lagi yang menarik adalah ramainya jurugambar di majlis mereka samada semasa nikah mahupun resepsi..dah macam selebriti pula mereka..haha.Pernikahan mereka berlangsung di rumah keluarga Dilah Seksyen 19 Shah Alam dan persandingan pula di adakan di Cattleya Grand Ballroom Wisma PKPS. Majlis yang sangat happening lebih-lebih lagi ketika sesi bergambar bersama keluarga pihak lelaki membuatkan saya tidak kering gusi ketawa. Mereka-mereka semua memang suke bergambar dan berposing..hehe..Apapun saya ucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kepada mempelai kerana memberi sokongan dan kepercayaan kepada D'Photo untuk merakamkan detik-detik bahagia dalam hidup mereka. Tidak lupa juga terima kasih buat assistant saya iaitu Zayd dan Kerul.
cantiknyee...untuk sewaan dan tempahan pakaian pertunangan /perkahwinan, sewaan pelamin dan tempahan hantaran yg eksklusif dengan harga yg berpatutan...jemput layari http://weddings-galore.fotopages.com